Bergembiralah wahai kaum wanita
1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w.
keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis
tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab
mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan
tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada
suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan
‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara
dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan
bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal
benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang
yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas
untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal
benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit
baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar
dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan
rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri
anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai
rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan
dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita
meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya,
Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah
baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman
daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api
neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada
isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan
menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah
cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas
kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang
apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau
memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia
menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai
ialah wanita solehah.
bagus nye petikan ni..harap2 dapat bertemu dengan wanita seperti ini...amin...thanks for the post hehe
ReplyDeleteinsya'allah semoga dimakbulkan allah...amin. (most welcome)
ReplyDelete