Sering
lelaki dan suami merasakan bahawa dialah ketua dan dialah yang paling
tinggi kedudukannya didalam keluarga. Sehingga isteri itu perlu taat
kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung pada redha suami
menjadikan suami kadangkala lupa bertanya diri dimana pula syurganya?
Pernahkah suami bertanya dimana syurganya didalam rumah tangga?
Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:
Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:
Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkah anda melayani isteri anda sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak anda. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak anda yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum anda sempurnakan dan tunaikan.
Artikel ni ditulis bukan untuk memburukkan sesiapa sekadar untuk membela nasib wanita-wanita yang terabai dan diabaikan..Peace No War....
Sumber: http://www.ataphijau.com/

“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah yang terakhir dalam hadith itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah.
Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:
“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaum hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.
Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkah anda melayani isteri anda sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak anda. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak anda yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum anda sempurnakan dan tunaikan.
Artikel ni ditulis bukan untuk memburukkan sesiapa sekadar untuk membela nasib wanita-wanita yang terabai dan diabaikan..Peace No War....
Sumber: http://www.ataphijau.com/
setuju..... like 100x
ReplyDelete