Untuk entry kali ini saya amat tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca fadhilat dan khasiat surah yaasin yang mana telah di ajar oleh mak dan arwah abah..Tetapi sebelum itu saya akan masukkan dahulu kelebihan mengamal dan membaca surah ini dari pembacaan saya hasil pengkongsian rakan rakan blog dan dari rujukan Dr Fatma El Zahraa..
SURAH YASIIN
Nabi kita Muhammad s.a.w
bersabda :
“Tiap-tiap sesuatu
Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Sesiapa membaca surah
Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran
sebanyak 10 kali.”
Dalam satu hadith
yang lain Baginda s.a.w bersabda:
“Hendaklah kamu membaca
surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut,
nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”
Dalam satu hadith
yang lain pula Baginda s.a.w bersabda :
“Aku ingin benar, agar
surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.”
Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
“Apabila datang
ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa
malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya
diampunkan Allah,menyaksikan ketika mayatnya
dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
Rasulullah S.A.W bersabda
selanjutnya:
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat,
dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah
jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan
menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela
70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan
ini, dia adalah orang-orang yang munafik."
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
“Bacalah surah Yasin kerana
ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
- Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
- Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
- Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
- Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
- Jika terpenjara akan dibebaskan.
- Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
- Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
- Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
- Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
- Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
- Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
- Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.
- Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
- Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
- Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.
- Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.
- Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
Antara ayat khusus yang dapat kita amalkan dari surah ini melalui ayat-ayat yang terkandung di dalamnya ialah (rujukan dari Dr Fatma El Zahraa)
Ayat
1 - 9
يس.
وَالْقُرْآنِ الْحَكِيم. إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ. عَلَىٰ صِرَاطٍ
مُسْتَقِيمٍ. تَنْزِيلَ الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ. لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أُنْذِرَ
آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ. لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ عَلَىٰ أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ
لَا يُؤْمِنُونَ. إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلَالًا فَهِيَ إِلَى
الْأَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُونَ. وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا
وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ
خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
Dan Kami adakan
di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup
(mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
Orang jahat tidak nampak kita terutamanya orang kafir. Lindungi
rumah dari pencuri
baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah. Lindungi diri dari dianiaya, bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur.
* Baca Ayat 9
* Fatihah
* 3 Qul 3 kali setiap satu
* Ayat Kursi
baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah. Lindungi diri dari dianiaya, bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur.
* Baca Ayat 9
* Fatihah
* 3 Qul 3 kali setiap satu
* Ayat Kursi
Ayat 12 -
إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ
مَا قَدَّمُوا وَءَاثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ
مُبِينٍ
Sesungguhnya Kami menghidupkan
orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan
bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam
Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh).
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat
ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 29 -
Ayat 29 -
إِنْ كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا
هُمْ خَامِدُونَ
Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara
saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.
Untuk mendiamkan orang yang
selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.
Ayat 36 -
سُبْحَانَ
الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ
أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan
semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun
dari apa yang tidak mereka ketahui.
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum
berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa.Hembus dan sapu
pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
* Untuk cari jodoh
* Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
* Ya Wadud (3x)
Ayat 58 -
سَلَامٌ
قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ
(Kepada mereka dikatakan): "Salam", sebagai ucapan
selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca
dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. Jika sakit anggota, tak tenang hati -
Baca 7 x dan gosok pada tempat sakit
Ayat 76 -
Ayat 76 -
فَلَا
يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ
Maka janganlah ucapan mereka menyedihkan kamu. Sesungguhnya
Kami mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka nyatakan.
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Dijadikan amalan. Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang
dan urut dada, bacalah ayat tersebut. Bila rasa sedih, untuk menenangkan hati -
Gosok jantung sambil baca.
Ayat 78 - 79 -
Ayat 78 - 79 -
وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًا وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ
مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ(78)قُلْ يُحْيِيهَا
الَّذِي أَنْشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ
بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ
Dan ia membuat perumpamaan bagi
Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat
menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?" Katakanlah:
"Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan
Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.
Dikhaskan untuk sakit urat, lutut, tulang dan badan. Bacalah
jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Untuk doa bermula daripada Ayat yang
bermaksud: 78. “dia berkata, Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang
padahal telah hancur?
Ayat 82 -
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ
يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila
Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka
terjadilah ia.
Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan
minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan
sehingga 40 hari. Juga untuk mandul, mengubati kanser atau ketumbuhan dalam
badan.
Ini merupakan khasiat surah ini yang telah diajar oleh mak dan arwah abah..Pernah sekali saya kehilangan barang di dalam rumah kebetulan memang ada tetamu yang datang masa itu.Selepas kepulangan mereka saya telah kehilangan barang tersebut.Bukan niat menuduh mereka tetapi gerak hati saya dan suami kuat mengatakan salah seorang dari mereka yang mengambilnya. Dengan hati yang risau saya pun menelefon mak di kampung dan menceritakan hal yang telah terjadi.
Mak menanyakan saya hari bulan islam pada hari itu saya lantas melihat kelendar jika tak silap saya tarikh pada hari itu 1 hb tp bulannya saya sudah lupa..Saya hairan apa kena mengena hal itu dengan hari bulan lalu menanyakan mak.Mak kata " Kalau barang hilang pada hari ganjil insya'allah jumpa semula". Hati saya mula lega.Kemudian saya bercakap dengan abah,hajat hati ingin meminta tolong arwah untuk mendapatkan kembali barang tersebut.Tetapi keadaan abah tidak mengizinkan kerana sudah terlalu uzur lalu dia menyarankan saya melakukannya sendiri,lalu arwah mengajarkan caranya iaitu :-
1.Lakukan solat hajat seeloknya di sepertiga malam
2.Membaca surah yaasin dengan 7 kali berhenti pada penghujung ayat yang mengandungi perkataan mubin.Caranya:
Membaca surah ya siin (mula berniat dalam hati pada waktu melafazkan ya siin. Contoh : pertemukanlah aku dengan barang yang hilang atau tunjukkanlah aku ya ALLAH kebenaran.Berniatlah dengan niat yang baik bukan untuk memudaratkan sesiapa kerana ALLAH Maha Adil) dan berhenti pada ayat 12(mubin pertama)
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan.Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitam Induk yang nyata (Lufh Mahfuzh)
kemudian ulang semula membaca dari awal(membaca niat yang sama di dalam hati) dan berhenti pada mubin seterusnya ayat 17 (mubin ke2)
Dan kewajipan kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas".
ulang semula dari awal (membaca niat yang sama di dalam hati) dan berhenti pada mubin seterusnya iaitu ayat ke 24 (mubin ke3)
Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata,
ulang semula dari awal (membaca niat yang sama di dalam hati) dan berhenti pada mubin seterusnya iaitu pada ayat ke 47 (mubin ke4)
Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Nafkahkanlah daripada apa yang Allah telah berikan kepada kamu", maka orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang-orang beriman : " Apakah kami akan memberi makan kepada orang orang yang jika Allah mengkenhendaki tentulah Dia akan memberinya makan, tiadalah kamu melainkan dala kesesatan yang nyata"
ulang semula dari awal (membaca niat yang sama di dalam hati) dan berhenti pada mubin seterusnya iaitu pada ayat ke 60 (mubin ke5)
Bukankah Aku telah memerintahkan kepada kamu hai bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu".
ulang semula dari awal (membaca niat yang sama di dalam hati) dan berhenti pada mubin seterusnya iaitu pada ayat ke 69 (mubin ke6)
Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidak layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan,
ulang semula dari awal (membaca niat yang sama di dalam hati) dan berhenti pada mubin seterusnya iaitu pada ayat ke 77 (mubin ke7)
Dan apakah manusia tidak perhatikan bahwa Kami menciptanya dari setitik (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata!
ulang semula dari awal (membaca niat yang sama di dalam hati) sehingga ke akhir surah.
Semuanya kehendak ALLAH Insya'allah berhasil.Saya berjaya mendapatkan kembali barang yang hilang dengan izin Allah dan sedikit ikhtiar..
Terlalu banyak rahsia Allah yang tersembunyi dari mata kasar kita semoga dibukakan pintu hati kita untuk mencarinya..
inshaa allah, pengorbananmu tidaklah sia sia. ia akan menjadi hujah atas mu.
ReplyDeletehr tu sy skt tulang blakang..suami bckan ayt 78 tu...alhamdulillah dpt tidur dan tidak sakit...tksh krn bg info ni
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tk atas perkongsian. Semoga menjadi amalan setiap hari.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tk atas perkongsian. Semoga menjadi amalan setiap hari.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tk atas perkongsian. Semoga menjadi amalan setiap hari.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tk atas perkongsian. Semoga menjadi amalan setiap hari.
ReplyDeleteAlhamdulillah.Terima kasih ats perkongsian.Semoga Allah merahmati anda.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tkasih
ReplyDeleteassalamualaikum...ustazah tak bagi ke rujukan untuk tiap2 hadis?dari mana asal hadis2 yang di sandarkan kepada nabi s.a.w?sekadar untuk buat rujukan...terima kasih
ReplyDeleteMaaf tuan.. untuk yassin 7 mubbin dan 41 kebanyakan dr amalan para syeikh dan kiai yg lebih arif dalam bidang tassawuf.. yg penting ilmu ini khususnya diambil dr ayat alquran walaupun tiada dalil yg lengkao tentang cara pembacaan yassin... jd boleh diamalkan walaupun nabi tidak menyatakan aturan bacaan yassin.... ini disebut bid'ah hassanah (bid'ah yg baik) walaupun tidak dibuat oleh nabi.... sedangkan bacaab bassmalah sy jika diamalkan secara yakin sudah cukup untuk menghalau jin dan syaitan (bergantung kepada keyakinan dan jika diizinkan ALLAH)
DeleteTuan ajul..soalan diatas bertanya tentang rujukan hadis2 yg ada di awal artikel ini.. Bkn mempertikaikan amalan yasin 7 mubin.. Saya sendiri juga mahu tahu status hadis tersebut, terutamanya yg ada perkataan 'munafik'itu..
DeleteSalam tuan... sama dengan apa yg diajar arwah ayah sy... selepas beliau meninggal huru hara rumah akibat dengki org sebab sebelom ni arwah mengubat org.. kemudian sibuk laa satu family pergi berubat sane sini.. last2 kumpul adik beradik (11 org) buat yassin 7 mubin alhamdullillah terlerai segala kekeliruan... mohon tuan hubungi sy untuk sy bertanyakan tentang salasilah keluarga tuan mungkin ada bersangkutan... dalam blog ini bru jmpa amalan yassin 7 mubbin yg sma seperti yg sy tahu.. mungkin ayah tuan dan ayah sy mempunyai guru yg sma... harap hubungi sy untuk mengembangkan lg ilmu2 alquran..
ReplyDeleteNak tanya apa kata pakai lada hitam di 7mubin itu kena pakai ke
ReplyDeleteAdakah begitu tafsiran para ulama' terhadap surah Yasin? Ini tafsiran yang dibuat-buat tanpa disiplin ilmu sekalipun daripada Dr Fatma (jika benar daripada dia).
ReplyDeleteIngat pesan Nabi sallallāhu 'alayhi wasallam,
وَمَنْ قَالَ فِي الْقُرْآنِ بِرَأْيِهِ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Maksudnya: Sesiapa yang berkata sesuatu pada Al-Quran dengan menggunakan pendapatnya sendiri maka bersiap sedialah tempatnya di dalam neraka.(Riwayat Al-Tirmizi (2951)).
teruk kau ni amalan khurafat syirik semua ada.
ReplyDelete