
1. Kikiskan segala pemikiran yang tidak elok.
2. Kawal perasaan kita. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran.
3.
Kosongkan kotak pemikiran kita daripada perasaan-perasaan sedih atau
bermuram durja dan apa juga perasaan negatif seperti kita mengosongkan
poket.
4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.
5.
Berbuat baik kepada orang lain. Dengan menolong dan membuat jasa boleh
mendatangkan ketenteraman, menaikkan rasa hormat diri dan bangga diri.
6.
Seelok-eloknya cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat
cara terbaik memecah kebuntuannya. Secara tidak langsung ini akan
melatih diri kita, menjadi lebih matang untuk menghadapi pelbagai
permasalahan hidup.
7. Bunuh perasaan negatif seperti takut dan rendah diri sekarang juga!
8. Ingatlah sebenarnya kita bukan keseorangan. Allah sentiasa bersama kita.
9. Anggaplah diri kita lebih besar dan lebih tinggi daripada masalah itu dan usahlah gentar untuk menghadapinya.
10.
Susun segala kesulitan dan masalah di atas kertas satu persatu.
Masalah akan nampak lebih nyata dan separuh daripada masalah tersebut
sebenarnya telahpun diselesaikan, apabila kita menyusun satu persatu
mengikut keutamaannya. Masalah lain akan dapat diselesaikan dengan lebih
mudah dan cepat.
11. Programkan semula pemikiran dan amalkan prinsip pemikiran positif. Perkara yang mustahil akan menjadi lebih mudah.
12.
Jangan sekali-kali bertindak secara emosional kepada kritikan sehingga
menjejaskan penilaian sebenar. Analisa diri sendiri bagi memastikan
sama ada ia betul atau tidak. Jika kritikan itu tepat, perbaikilah diri
sendiri. Jika tidak, usah hiraukan, cuma beri perhatian.
13. Ingatlah bahawa setiap masalah ada jawapan dan jalan penyelesaiannya. Selidikilah puncanya dan carilah jawapannya!
14. Semasa dalam kesusahan, ingatlah ALLAH sayangkan kita dan akan sentiasa bersama untuk membantu kita. Setelah Tuhan menjadikan kita, dia tidak akan sekali-kali membiarkan kita! Mohonlah petunjuk daripada-Nya.

No comments:
Post a Comment