Assalamualaikum..
Blog ini untuk pengkongsian ilmu diharap dapat dimanfaatkan oleh pembaca-pembaca yang lain..
Segala kekurangan datangnya dari diri saya..dan segala kebaikan adalah milik ALLAH.Perkongsian ilmu amat dialu-alukan di blog Ilmu MUTIARA ini..Semoga hasil kerja ini dirahmati oleh ALLAH..insya'Allah..amin.
Friday, 27 April 2012
Kubur-kubur Yang diHARAMkan????
Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ini memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara kalian yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah TIADA nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram?
Baca artikel di bawah.
Larangan dari Rasulullah SAW:
Dari Jabir R.A, dia berkata,
“Rasulullah SAW telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka.
Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment