Assalamualaikum..

Blog ini untuk pengkongsian ilmu diharap dapat dimanfaatkan oleh pembaca-pembaca yang lain..
Segala kekurangan datangnya dari diri saya..dan segala kebaikan adalah milik ALLAH.Perkongsian ilmu amat dialu-alukan di blog Ilmu MUTIARA ini..Semoga hasil kerja ini dirahmati oleh ALLAH..insya'Allah..amin.


Tuesday 3 April 2012

TANDA-TANDA BACAAN RESAM UTHMANI





A. TANDA-TANDA WAKAF

1. WAJIB BERHENTI
2. HARAM BERHENTI
3. BERHENTI SEKETIKA
4. PILIHAN
 

                            





Hukum Wakaf

1. Wajib berhenti “Mim”
Mesti diwaqafkan bacaan padanya. Sekiranya dibaca secara washol (sambung), ia akan menjejaskan makna ayat yang dibaca. Waqaf ini dipanggil waqaf lazim.


2.Haram berhenti “Lam Alif” Laa’ dalam bahasa Arab bererti tidak. Tanda wakaf ini ialah ‘lam alif’ 
                      

3.Berhenti seketika “Siin”
Tanda saktah ialah ‘siin’ kecil. Tahan nafas selama dua harakat (dengan melipatkan dua jari) kemudian disambung kalimah haa-dzaa menggunakan nafas yang sama
                                         
4.Tanda ‘qaaf-lam-ya’. Berhenti lebih baik 


 5.Tanda ‘shaad-lam-ya.Menyambung bacaan lebih baik


 6.Tanda ‘jiim’ kecil Wakaf Jaa-iz. Harus berhenti atau menyambung bacaan
                                   


 7.Tanda titik tiga.Berhenti pada salah satu tempat





B. TANDA-TANDA BACAAN
 
1. ALIF KECIL
2. WAU DAN YA KECIL
3. SHIFR (SIFAR)
4. ROMBUS
5. ALIF LAM QATHO’
6. ALIF LAM WASHOL
7. ALIF LAM
8. LAFZU AL JALALAH (ALLAH)

Tanda Hukum

1.Tanda alif kecil 
   
Dibaca dengan kadar dua harakat

2.Tanda Wau dan Ya kecil.

(a) Pertama, apabila 'ha dhamir' bertemu dengan alif, hukum tajwidnya ialah
mad shilah Thowilah. Panjang bacaan empat hingga enam harakat.
Huruf 'ha dhamir' ialah 'ha' simpul (marbuthoh) sebagai ganti nama diri
yang bermaksud nya. Meski jika tidak diletakkan tanda wau atau ya kecil
selepas huruf 'ha dhamir' itu, seseorang yang mahir dalam al-Quran masih
dapat membezakan panjang bacaaannya (sama ada membaca dengan satu,
dua, empat atau enam harakat).

Dalam contoh yang dinyatakan di bawah, terdapat dua-dua contoh yang
melibatkan hukum tajwid berkaitan 'ha dhamir'. Pengecamannya
dipermudahkan dengan meletakkan tanda 'wau' dan 'ya' kecil selepas
huruf 'ha dhamir' tersebut. Jika 'ha dhamir' berbaris di bawah (kastroh)
maka tanda wau kecil menyusul selepasnya. Jika 'ha dhamir' berbaris di
hadapan (dhommah) maka ya kecil menyusul selepasnya.
       
                      
(b) Kedua, apabila 'ha dhamir' bertemu dengan selain daripada huruf alif,
hukum tajwidnya ialah mad shilah qashirah. Panjang bacaan dua harakat.            
                       


Kalimah-kalimah yang ditunjukkan di atas dan seumpamanya mestilah
dibaca dengan dua harakat iaitu menepati kaedah panjang bacaan mad
asli.

3.Tanda ‘shifr’ ‘o’

(a) Bacaan washol.
Huruf alif dihazafkan (dimansuhkan) fungsinya dan panjang bacaan satu
harakat seolah-olah tiada huruf alif yang menjadikannya seperti hokum
mad asli. 

(b) Bacaan waqaf.
Sekiranya kita berhenti pada kalimah yang hurufnya berakhir dengan huruf
alif bertanda ‘shifr’ ini, maka bacaannya menjadi dua harakat, iaitu alif
tersebut berfungsi sebagaimana fungsi alif yang membentuk hukum mad
asli.

Contoh 1: 

Dalam contoh di atas, pada ayat 15, kalimah ‘qawaarira’ dibaca dengan
kadar dua harakat (iaitu ‘qawaariiraa’) sekiranya kita membaca secara
waqaf. Sebaliknya jika ayat 15 dibaca secara washol, kalimah ‘qawariira’
dalam dibaca dengan kadar satu harakat (iaitu ‘qawaariira’).
Begitu juga halnya dengan kalimah yang sama dalam ayat 16.

Contoh 2:         
Seterusnya mari kita lihat keadaan-keadaan yang biasanya terdapat pada
kalimah ’ana’. Jika kalimah ana yang bermaksud saya seperti di dalam ayat
4 surah al-Kaafiruun ini, kadar bacaannya ialah satu harakat (iaitu ana-
’aabidun) sebaliknya jika diwaqafkan pada kalimah ana, bacaan ana dibaca
dengan kadar dua harakat (iaitu anaa).

(c) Tanda ‘shifr’ berada pada huruf wau

Keadaan bacaan sama seperti keadaan (a) (tetapi di sini huruf wau
dihazafkan) di atas kerana tidak ada kalimah yang berakhir dengan huruf
wau. Biasanya bagi kalimah yang mengandungi huruf wau yang bertanda
‘shifr’ terletak pada awal-awal kalimah seperti contoh yang ditunjukkan.

                               

      

 4.Tanda rombus
   
                   
 Bacaan dengan cara memuncungkan bibir sebagai mengambil iktibar terhadap
perlakuan biadap saudara kandung nabi Yusuf kepada nabi Yaakub. Betapa al-
Quran memiliki seni bacaan yang tersendiri.
(1) Cuba sebut...... ta' manuunaa (disebut dengan memuncungkan mulut apabila
sampai pada suku-kata 'nuu').
(2) Kemudian sebut pula ........ ta'mannaa.
Jika disebut secara biasa-biasa, bibir kita berada pada kedudukan biasa, iaitu dalam
keadaan kedua-dua bibir tidak berkatup dan leper. Bacaan Isymam dibuat dengan
memuncungkan bibir ketika menyebut suku-kata 'mannaa'.
Alif Hamzah

5.Alif Hamzah qatho'

Qatho' dalam ilmu tajwid merujuk kepada huruf alif yang berbaris tunggal sama
ada fathah (baris di atas), katsroh (baris di bawah), dhommah (baris di hadapan)
atau tanwin (baris dua).       
              
          
 Membaca kalimah yang mempunyai alif hamzah qatho' ialah dengan cara
membunyikan bacaan dengan jelas mengikut baris yang terdapat padanya tanpa
mengubah fungsi baris.
i.a. Membunyikan alif hamzah qatho' yang berbaris tunggal.
Baris Fathah bunyinya - 'a', Katsroh - 'i' atau sama seperti anda menyebut huruf 'e'.
Manakala dhommah - 'u', sebut 'u' seperti sebutan baku perkataan 'ulat'.
i.b. Membunyikan alif hamzah qatho' yang bertanda tanwin.
Baris Fathataini (baris dua di atas) - bunyinya 'an'. Baris Katsrataini (baris dua di
bawah) - bunyinya 'in'. Manakala dhommataini (baris dua di hadapan) 'un' seperti
anda menyebut perkataan Inggeris own

6. Alif Hamzah Washol
            
               
 Huruf Alif Hamzah Washol (AHW) ditemui dalam al-Quran pada tiga tempat sama
ada pada kalimah yang menunjukkan perkataan itu merupakan
(i) Isim Makrifah
(ii) Isim Isyarah
(iii) fiil Amar.

            

 (i) Isim Makrifah ialah kata nama khas yang dimulai dengan huruf 'alif' dan
'lam' seperti kalimah Alhamdu dalam ayat 2 surah al-Fatihah. Manakala
isim isyarah ialah kata nama rujukan yang bermaksud 'orang yang' seperti
Alladzi, allati, Allaa-i, dll. Dan kalimah fiil amar merupakan kata perintah
yang terbit daripada perkataan asas kata kerja. Secara umum, huruf AHW
hanya dinampakkan fungsinya apabila mengibdakkan (memulakan)
bacaan pada kalimah yang mempunyai AHW. Menampakkan fungsi
bermaksud membariskan huruf AHW ketika membaca. Sebaliknya apabila
bacaan dibaca secara sambung, fungsi itu dinafikan seolah-olah huruf AHW
tidak wujud.
Dalam pelajaran ini, perbincangan akan ditumpukan kepada cara membaca
kalimah isim makrifah.
Apabila bacaan
          
                      
 (i.a) diibdak (dimulakan) dengan kalimah ini, secara automatik huruf AHW
ditanda dengan baris fathah seperti contoh kalimah al-hamdu.
Makanyanya apabila memulakan ayat kedua ini (tanpa menyambung dari
ayat 1) bacaannya menjadi alhamdu bukan ilhamdu atau ulhumdu.

 (i.b) disambung dari ayat sebelumnya, secara automatik fungsinya
dihilangkan. Bacaannya menjadi (dengan mengambil contoh lengkap ayat 1
dan 2 surah al-Fatihah) - 'Bismillaahirrahmaanirrahiimilhamdulillaahi.......'.
Perhatian: Di sini bunyi huruf miim yang bertanda katsrah dimasukkan
secara terus ke dalam huruf lam mati pada kalimah al-Hamdu. Kebanyakan
orang yang tidak faham kaedah ini akan membaca
'Bismillaahirrahmaanirrahiimi-alhamdulillaahi.....' dan bacaan seperti
kurang tepat.

 (ii) isim isyarah kaedahnya sama sahaja iaitu meletakkan baris fathah ketika
memulakan (ibtida') bacaan dengan kalimah tersebut. Contoh yang
ditunjukkan di bawah membincangkan kedua-dua kaedah pembacaan
bergantung kepada kedudukan kalimah isim isyarah di dalam sesuatu ayat.

                     

 Bagi contoh (a) dan (b), kalimah-kalimah isim isyarah (yang bergaris)
terletak di permulaan ayat. Maka bacaannya menjadi (a) Alladziina (b)
Allatii, manakala contoh (c) dan (d) merujuk kepada kalimah isim isyarah di
pertengahan ayat. Apabila berada di pertengahan ayat dan bacaannya
dalam keadaan washol (disambung dari kalimah sebelumnya), fungsi AHW
ditiadakan. Maka bacaan bagi (c) illal-laaaii, dan (d) huwal-ladzii; masing-masing.

(iii) Fiil amal pula, huruf pertama ialah AHW, huruf kedua berbaris sukun
(mati) atau syaddah, manakala huruf ketiga berbaris fathah (atas), katsrah
(bawah) atau dhommah (depan).

Kaedah menampakkan fungsi AHW pada kalimah fiil Amar mengikut
ketetapan ini:

(i) Sekiranya huruf ketiga dalam kalimah itu berbaris fathah atau katsrah,
alif ditanda dengan baris katsrah.
(ii) Sekiranya huruf ketiga dalam kalimah itu berbaris dhommah, alif
ditanda dengan baris dhommah.

Sebagai contoh kita lihat permulaan ayat-ayat 2 surah al-Munafiquun
(kalimah yang sama terdapat pada ayat 31 surah At-Taubah), ayat 1 surah
Al-Anbiyaa, ayat 41 surah At-Taubah dan ayat 9 surah Yusuf. Contoh ini
dikemukakan kerana kalimah-kalimah tersebut terletak di permulaan ayat,
dan biasanya dibaca dengan mengibda'kan (memulakan) bacaan dengan
kalimah tersebut.
 
                           
 Sekiranya bacaan washol, bunyi huruf sebelumnya dimasukkan terus ke
dalam huruf kedua dalam kalimah fiil Amar, contohnya:

                         
 (iv) Tanwin. Dalam perbincangan ini, mari kita lihat kaedah untuk membaca
kalimah yang berakhir dengan huruf bertanwin (baris dua), selepasnya
terdapat kalimah yang bermula dengan huruf AHW. Perhatian: Fungsi yang
dibincangkan ini khusus sekiranya bacaan dibaca dalam keadaan washol
(sambung).
 
Tanwin setara dengan gabungan huruf berbaris tunggal dengan nun sukun
(mati). Apabila kalimah yang berakhir dengan huruf bertanwin:

(i) huruf nun sukun dihidupkan dan dibariskan dengan baris katsrah
(bawah) secara automatik.
(ii) sekiranya kalimah tersebut berakhir dengan huruf alif, maka huruf alif
tersebut dinasakhkan (dimansuhkan) dan huruf sebelum alif digabungkan
terus dengan nun sukun, nun sukun dibariskan seperti perkara (i) di atas.

                              
   Bagi kaedah bagi perkara (i), kita ambil contoh dalam ayat 30 surah At-
Taubah. Dalam ayat ini, kita dapati kalimah 'uzairun bertemu dengan
kalimah ibnu, maka bacaanya menjadi 'uzairunibnullaahi. Bagi ayat 6 surah
Ash-Shaaffaat, bacaannya menjadi bizinatinilkawaakib. Manakala dalam
ayat 61 surah Al-Baqarah, bacaannya menjadi khairunihbithuu.       
    
                            

 Bagi kaedah (ii) pula, kita lihat contoh dalam ayat 164 dan 177 surah al-
A'raaf. Kalimah qauman dan Allaahu dibaca qaumanillahu (ma-1
harakat) bukan qamaanillaahu. Manakala dalam ayat 177, ia dibaca
matsalanilqaumu (la-1 harakat).

 (v) Bacaan Naqal.

Naqal maknanya pindah. Sebelum alif hamzah washol terdapat alif lam
qamariah. Pindahan itu dibuat dengan memindahkan baris katsrah pada
alif hamzah washol dalam kalimah ismi kepada lam sukun (mati). Menurut
riwayat Hafs, terdapat satu tempat sahaja bacaan naqal dalam al-Quran
iaitu pada ayat 11 surah al-Hujurat
.
Untuk makluman menurut qiraat lain seperti Wars, bacaan naqal terdapat
pada banyak tempat. Memandangkan saya tidak belajar secara khusus ilmu
qiraat lain, maka saya tidak boleh memperturunkan ilmu qiraat selain
bacaan Lafz Imam al-‘Ashim iaitu anak murid Imam Hafs. Qiraat yang
sedang dibincangkan oleh kita selama ini ialah Qiraat Lafz al-‘Ashim.
                     
                         

kalimah “bi’sa dan al-Ismu” dalam ayat 11 surah al-Hujurat. Kebanyakan
orang biasanya membaca “bi’sal – ismu” sedangkan bacaan yang
sebetulnya
“bi’salismu”.

7.Alif Lam

Alif Lam merujuk kepada kalimah isim makrifah iaitu setiap kalimah yang bermula
dengan huruf ‘alif hamzah washol’ dan ‘lam’.

Terdapat dua kategori hukum bacaan iaitu
1. Alif lam Qamariyah
2. Alif lam Syamsiah

Bagi tujuan perbincangan, mari kita teliti surah Asy-Syams

                                                    

Jika diperhatikan ayat-ayat di atas, kalimah yang bergaris biru mewakili kategori (1) manakala kalimah bergaris hijau mewakili kategori (2).

Menyebut kalimah dalam kategori (1) Bunyi lam sukun dizahirkan, iaitu dengan menyebut wal-qamari, wal-Ardhi.

Menyebut kalimah dalam kategori (2)Bunyi baris huruf sebelum kalimah yang mempunyai huruf alif lam dimasukkan terus ke dalam huruf ketiga. Iaitu menguatkan bacaan (syaddah) seperti wasysyamsi (bukan wal syamsi), wannahaari (bukan wal-nahaaari), wallaili, wassamaaai.

Manakala kalimah yang bergaris merah tidak termasuk dalam ketegori alif lam
kerana alif hamzah qatho’ terdapat dalam kalimah tersebut.


8.Lafzu al-jalalah

Terdapat satu kalimah yang disebut lafzu al-jalalah iaitu kalimah Allah. Gaya
penulisan resam Uthmani, kalimah Allah ditulis tanpa meletakkan tanda alif kecil diatas huruf lam yang kedua. Sedangkan bacaan kalimah ini adalah pada kadar dua harakat (1 alif). Hal ini kerana sistem penulisan resam Uthmani menerima ketetapan bahawa setiap orang mesti faham dan tahu, kalimah Allah dibaca dengan kadar dua harakat pada sebutan Lam yang kedua.

Kalimah Allah @ lafzu al-Jalaalah (lafzul Jalaalah).Pada asalnya huruf lam bersifat tarqiq (nipis) kerana huruf lam tergolong dalam kategori huruf istifal. Istifal bermakna huruf-huruf dalam kumpulan yang lemah.
Maka huruf istifal tidak boleh dibaca tafkhim (tebal) kecuali pada kalimah Allah.Terdapat dua cara bacaan atau penyebutan bagi kalimah ini.

i. at-Tafkhim (tebal)

iaitu kalimah Allah disebut dengan tebal apabila huruf sebelum kalimah
‘lafzul jalaalah’ ini berbaris fathah (baris di atas) dan dhommah (berbaris di
hadapan). seperti menyebut Abdullah, atau masyaaAllah, rasulullah dan lain-lain.

ii. at-Tarqiq (nipis)

dilembutkan bunyi pada huruf lam yang kedua apabila huruf sebelum
kalimah ‘lafzul jalaalah’ berbaris katsrah (di bawah).
seperti membaca Bismillaahi, ‘indillaahi, lighairillaahi, qulillaahumma, dan lain-lain...



sumber : chromosome.files.wordpress.com/2010/04/tanda-resam-uthmani.pdf


                

20 comments:

  1. Assalamu'alaikum. Info yg saya nak sangat cari. Alhamdulillah dpt juga. Terima Kasih byk2 Az-Zahra.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum. Info yg saya nak sangat cari. Alhamdulillah dpt juga. Terima Kasih byk2 Az-Zahra.

    ReplyDelete
  3. Hukum lafadz alladzi itu masuknya ke syamsiah apa komariyah

    ReplyDelete
  4. Subhanallah Sgt membantu..terima kasih

    ReplyDelete
  5. Subhanallah Sgt membantu..terima kasih

    ReplyDelete
  6. moga diberkati Allah ilmu yang diajar pahalanya berterusan

    ReplyDelete
  7. Terbaik dan sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ,,sangat2 bermanfaat,,

    ReplyDelete
  9. tq...dmgn ilmu yg di beri..alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. Tkasih atas kontennya

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.... Moga diberkati

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..sangat membantu.
    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  13. Syukran penulis, tahniah. Mohon izin dikongsi dan disalin penulisannya yer... Semoga sukses sentiasa.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Sangat terang dan jelas ttg hukum² yg di paparkan. Sya boleh gunakan utk buat rujukan semula bila ada kesulitan ttg hukum Ianya umpama kamus poket. Saya paste kt fb saya supaya senang utk cari link bila diperlukan. Walau bagaimana pun kena berguru dulu terutama ttg sebutan. Jazakallah hukhairan.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. Maaf ye. Cuma nak maklum ralat, ya kecil utk ha kasroh baris dibawah. Dan wau kecil utk ha dhomah baris di depan.

    ReplyDelete